Rabu, 7 Disember 2011

Fakta Asas Matematik

Tahukah anda bahawa manusia yang kreatif adalah manusia yang mudah menguasai Matematik. Matematik sebenarnya merupakan satu ilmu yang berkaitan dengan minda manusia. Orang yang pintar selalunya merupakan orang yang menyukai Matematik dan akal yang dicipta oleh ALLAH untuk manusia amat senonim dengan Matematik.
Oleh itu, sama ada kita sedari ataupun tidak, Matematik adalah mengenai keindahan, keajaiban dan keagungan dari Yang Maha Esa mengenai dunia disekeliling kita yang tidak dapat lari dari menggunakan nombor untuk menghurai dan menerangkan fakta serta rahsia alam. Jadi, Matematik diharapkan dapat membantu kita memahami dengan lebih mendalam mengenai perkara-perkara yang kadangkala kita memandang sebelah mata sahaja sedangkan ada sesetengah individu menganggap ia adalah satu keajaiban.Contohnya seperti 123456789 X 9 + 10 = 1111111111 atau 111111111 X 111111111 = 12345678987654321. Menarik bukan?
Mengapa sebahagian pelajar kita begitu FOBIA dengan Subjek Matematik? Ini fakta yang perlu anda tahu:-
  1. Tahukah anda bahawa 90% pelajar yang lemah di dalam subjek Matematik adalah disebabkan oleh penguasaan asas Matematik yang lemah dan dari itu maka lahirlah satu sikap fobia, takut dan tidak berminat terhadap subjek tersebut.
  2. Asas penguasaan Matematik adalah bermula dari perkara-perkara asas yang diajar di tahap Sekolah Rendah seperti X , +, ÷ , - . Perkara yang sering menjadi masalah kepada pelajar kita ialah masalah dalam mendarab dan mereka akan menjadi lebih fobia apabila berdepan dengan angka yang besar.
  3. Disebabkan TIDAK SERONOK belajar Matematik perkara-perkara yang mudah pun bagi mereka adalah sukar. Seterusnya, melenyapkan minat terhadap subjek tersebut dan mereka melabelkan Matematik adalah sukar dan membosankan.
Oleh yang demikian, berdasarkan kepada pengalaman saya sebagai pendidik, saya merasakan perlu untuk menanam minat awal terhadap Matematik. Matematik itu adalah sesuatu yang biasa tetapi ia menjadi luar biasa dan menyeronokkan jika kita menggunakan pelbagai kaedah dalam menyelesaikan masalah berkaitan dengan Matematik.